JOHNSON mengalami kecederaan di bahagian belakang. FOTO EPA
JOHNSON mengalami kecederaan di bahagian belakang. FOTO EPA
Reuters

Jeddah: Dustin Johnson menarik diri dari saingan Antarabangsa Saudi sebelum pusingan pertama membuka tirai akibat kecederaan belakang.

Jelajah Asia berkata, Johnson, yang memenangi kejohanan itu pada 2019 dan 2021, mengambil keputusan menarik diri kerana kekejangan di bahagian belakang.

Dia juga pernah menarik diri daripada saingan Masters 2017 akibat cedera di bahagian belakang.

Ia masih belum pasti sama ada Johnson cukup sihat untuk bermain pada pembukaan musim LIV Golf di Padang Golf El Camaleon Mayakoba di Playa del Carmen, Mexico, yang bermula 24 Februari.

Johnson, 38, meninggalkan Jelajah PGA untuk menandatangani dengan sirkit LIV tahun lalu.

Dia memenangi kejuaraan musim LIV dan memperoleh AS$35.6 juta (RM151 juta) dan sebagai wang tambahan kepada kontrak empat tahun dia turut menerima A$125 juta (RM533 juta) kerana komited dalam permulaan jelajah itu.

Pemain Mexico, Abraham Ancer melakukan tujuh di bawah par 63 untuk mendahului pusingan pertama di

Royal Greens Golf & Country Club di Bandar Ekonomi King Abdullah, Arab Saudi.

Dia diekori Sebastian Munoz (64) dari Colombia dan pemain Sepanyol, Sergio Garcia, wakil Afrika Selatan, Louis Oosthuizen dan Cameron Young kesemuanya melakukan 65 pukulan.

Kesemua pemain itu kecuali Young sudah menandatangani dengan LIV Golf.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2023 @ 1:42 PM