AKSI pasukan pecut berpasukan wanita Britain yang berjaya meraih emas di Piala Negara-Negara UCI. FOTO AFP
AKSI pasukan pecut berpasukan wanita Britain yang berjaya meraih emas di Piala Negara-Negara UCI. FOTO AFP
Agensi

Hong Kong: Great Britain (GB) bermula dengan cemerlang di pusingan kedua Piala Negara-Negara UCI apabila Will Perrett memperoleh emas bagi perlumbaan penyingkiran lelaki sebelum pasukan pecut wanita pula muncul juara

Perrett, 27, berjaya menyekat pelumba Belgium, Jules Hesters untuk meraih kemenangan tipis.

"Anda perlu menunggang dengan cekap dalam kumpulan, kemudian pastikan anda mempunyai kekuatan kaki di hujung saingan," katanya.

Katy Marchant, Emma Finucane dan Sophie Capewell meneruskan prestasi terbaik mereka untuk menewaskan Jerman dalam final pecut berpasukan wanita.

Finucane, 21, membantu GB menamatkan perlumbaan dengan catatan 46.092 saat (s) dan Jerman pula mencatat masa 46.349s.

Ini bermakna pasukan GB sudah memenangi dua daripada dua pingat di Piala Negara Trek setakat ini, setelah juga memperoleh emas di Adelaide pada Februari

Sebelum itu, skuad pecut berpasukan wanita Britain tidak memenangi pingat emas sejak 2012 tetapi, dengan Sukan Olimpik Paris hanya kurang lima bulan lagi, pemenang pingat perak dunia itu mempamerkan prestasi cemerlang.

Pasukan pecut lelaki GB dan kejar mengejar pasukan lelaki tidak layak ke perlumbaan penentuan pingat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 2:05 PM