Walls atasi saingan pelumba Portugal dan Rusia. FOTO Agensi
Walls atasi saingan pelumba Portugal dan Rusia. FOTO Agensi
Agensi

Bulgaria: Pasukan Lumba Basikal Britain memenangi dua pingat, termasuk satu pingat emas acara penyingkiran dari Matt Walls pada hari pertama Kejohanan Trek Eropah di Bulgaria.

Pelumba berusia 22 tahun itu memastikan pingat emas pertama Britain dalam acara itu, dengan pelumba dari Portugal, Iuri Leitao di tempat kedua dan wakil Rusia, Sergey Rostovtsev ketiga.

Milly Tanner, Lusia Steele dan Blaine Ridge-Davis kemudiannya memenangi pingat perak dalam acara pecut berpasukan wanita.

Trio Britain itu melepasi garisan penamat dalam masa 48.531 saat di belakang wakil Rusia.

Pasukan Rusia memenangi pingat emas dengan catatan 46.852s, sementara Ukraine memenangi gangsa.

"Ia sukar diketahui untuk datang ke sini ketika saya sudah lama tidak berlumba," kata Walls.

"Saya hanya melihat sama ada taktik saya dan kelajuan perlumbaan masih ada, jadi saya gembira kerana berjaya memenangi perlumbaan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 11:42 AM