PAUL (kanan) menjadi pilihan untuk menewaskan Tyson.
PAUL (kanan) menjadi pilihan untuk menewaskan Tyson.
Reuters

London: Jake Paul akan menentang Mike Tyson pada 20 Julai dalam pertarungan di Stadium AT&T di Arlington, Texas yang akan disiarkan secara langsung di Netflix.

Paul, 27, yang digelar The Problem Child sebelum ini terkenal di YouTube sebelum bertukar ke sukan pertarungan dan dia menjadi pilihan untuk menumbangkan legenda tinju berusia 57 tahun itu.

Tyson menewaskan Trevor Berbick pada November 1986 untuk menjuarai gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) pada usia 20 tahun.

Aksi terakhir Tyson (50-6, 44 KO) pada 28 November 2020 dalam pertarungan pertunjukan menentang Roy Jones Jr. Paul (9-1, 6 KO) di Los Angeles yang berakhir dengan keputusan seri.

Tyson tidak bertarung secara profesional sejak 2005 dan ESPN melaporkan belum dipastikan sama ada pertarungan dengan Paul diklasifikasikan sebagai pertunjukan atau profesional.

"Dia semakin berkembang sebagai petinju sejak beberapa tahun lalu, jadi sudah tentu seronok melihat apa yang mampu dilakukannya," kata Tyson dalam kenyataan medianya.

Paul pula menewaskan bekas bintang UFC Nate Diaz and Anderson Silva dalam pertarungan tinju dan dia akan berentap dengan Tyson sebagai petinju pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 9:46 AM