MIKE Tyson dijangka menentang Paul tahun depan.
MIKE Tyson dijangka menentang Paul tahun depan.
Agensi

Los Angeles: Pertarungan profesional terakhir Mike Tyson pada 2005 tetapi legenda tinju berusia 55 tahun tampak masih gagah selepas dia mempamerkan kepantasan tumbukan ketika sesi latihan.

Tyson juara heavyweight pertama menjuarai gelaran WBC, WBA and IBF merancang kembali ke gelanggang tahun depan dengan menentang Logan Paul.

Berdasarkan klip video sesi latihan yang disiarkan Tyson, personaliti YouTube berusia 26 tahun itu perlu bekerja lebih keras jika pertarungan mereka menjadi kenyataan.

Dalam video itu, Tyson mempamerkan beberapa siri tumbukan pantas ketika berlatih dengan Rafael Cordeiro yang membantu Tyson menjadi juara heavyweight antara 1987 dan 1990.

Petinju berusia 55 tahun itu kembali ke gelanggang tahun lalu dengan menentang Roy Jones Jr dalam aksi pertunjukan tetapi menegaskan dia tetap mahu menggantung sarung tinju sekali lagi pada masa depan.

Logan Paul yang menentang Floyd Mayweather yakin menewaskan Iron Mike tetapi pengulas UFC, Joe Rogan memberikan amaran kepada petinju berusia 26 tahun itu.

Menurut Rogan: 'Logan Paul benar-benar mahu menentangnya. Ia seperti "wow". Sukar untuk saya percayai mereka akan melakukannya.Sudah pasti dia akan dibelasah.

'Mike mungkin sudah tidak aktif tetapi dia kini berbeza. Sudah pasti menarik untuk menyaksikan Logan menjauhkan dirinya daripada Tyson. Hanya satu perkara yang boleh membantu Logan ialah dia masih muda.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 November 2021 @ 12:38 PM