STADIUM Nasional Beijing dijangka anjurkan Kejohanan Olahraga Dunia 2027. FOTO Agensi
STADIUM Nasional Beijing dijangka anjurkan Kejohanan Olahraga Dunia 2027. FOTO Agensi
AFP

Glasgow: Beijing diberi hak menganjurkan Kejohanan Olahraga Dunia 2027, umum badan induk olahraga dunia hari ini.

Kali terakhir Beijing menjadi tuan rumah acara itu pada 2015 dan bandar Nanjing di China akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dalaman Olahraga Dunia tahun depan.

Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe berkata pemilihan Beijing didorong oleh nilai komersial yang cukup tinggi.

Katanya, bayaran bagi hak siaran dijangka melonjak seperti mana diraih ketika saingan di Berlian tahun lalu dengan nilai keuntungan tinggi.

"Dengan populasi lebih daripada 1.4 bilion, China adalah salah satu pasaran sukan terbesar di dunia," kata Coe.

"Ini menimbulkan peluang besar untuk mengembangkan sukan dan pengkalan peminat kami di salah satu pasaran komersial terbesar di dunia".

Edisi terakhir Kejohanan Olahraga Dunia diadakan di Budapest pada bulan Ogos ini, manakala Tokyo akan menjadi tuan rumah acara 2025.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 12:31 PM