KONTINJEN UiTM Cawangan Sarawak yang akan menyertai KARiSMA Ke-29 di Negeri Sembilan. FOTO Ihsan UiTM Sarawak
KONTINJEN UiTM Cawangan Sarawak yang akan menyertai KARiSMA Ke-29 di Negeri Sembilan. FOTO Ihsan UiTM Sarawak
Mohd Roji Kawi


Kota Samarahan: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menghantar 22 atletnya bagi menghadapi cabaran pada Karnival Sukan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (KARiSMA).

KARiSMA Kali Ke-29 yang dianjurkan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Sukan, UiTM Shah Alam akan berlangsung pada 26 Februari hingga 4 Mac ini.

Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak diketuai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr Saimi Bujang dengan disertai empat pegawai pengiring.

Mereka akan menyertai tiga acara yang dipertandingkan iaitu pingpong, petanque berpasukan campuran dan bola tampar.

Dr Saimi berkata, walaupun tidak meletakkan sasaran tinggi pada KARiSMA Ke-29 itu namun mereka berjanji akan memberi cabaran kepada pasukan lain.

"Kami bukan sahaja membawa nama UiTM Cawangan Sarawak, tetapi turut membawa nama Sarawak keseluruhannya.

"Atlet kami bersedia memberikan yang terbaik sepanjang KARiSMA kali ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 6:13 PM