SAAD ketika sesi latihan Pahang Rangers FC.
SAAD ketika sesi latihan Pahang Rangers FC.
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pahang Rangers FC menerima kehadiran awang import baharu kelahiran Brazil, Murilo Saad bagi memperkuatkan skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) musim ini.

Pemain berusia 34 tahun itu yang sebelum ini bersama Carlos Barbosa Futsal (ACBF) di Amerika Selatan, mula mengikuti latihan bersama skuad Tok Gajah, kelmarin.

Selepas mengikuti dua sesi latihan, kelebihan sebagai pemain import sudah mula dapat dilihat menerusi sepakan kencang dan skil yang menarik dipamerkan.

Menurut Saad, dia begitu gembira dapat bersama Pahang Rangers FC yang berstatus juara berganda musim lalu.

Katanya, kemampuan tinggi barisan pemain dapat dilihat pada dua sesi latihan yang disertainya. "Saya berharap dapat membantu pasukan Tok Gajah mencipta kejayaan musim ini, sambil mendapat bantuan daripada rakan sepasukan yang lebih berpengalaman dalam MPFL."

Sementara itu, jurulatih Gerard Casas berharap kehadiran Saad diharap dapat mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegaranya, Sergio Jamur De Sousa musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 2:46 PM