MURRAY harap dapat beraksi dengan Nadal dan Djokovic di kejohanan besar. FOTO AFP
MURRAY harap dapat beraksi dengan Nadal dan Djokovic di kejohanan besar. FOTO AFP
AFP

Brisbane: Andy Murray mengakui dia teringin bermain semula di pentas besar menentang bintang seperti Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Bercakap menjelang kejohanan pembukaan musim di Antarabangsa Brisbane, pemain berusia 36 tahun itu berkata dia merindui hari-hari kerap bertemu Djokovic, Nadal dan Roger Federer pada penghujung kejohanan utama.

Murray berjaya bersaing dengan tiga kuasa besar itu selama sedekad antara 2006-16 sebelum berdepan masalah kecederaan yang mengakibatkan penurunan ranking.

Sementara yang lain mendapat gelaran demi gelaran, pemain Scotland itu, yang kini berada di ranking ke-42 dunia, terpaksa bertarung kembali, tatkala tidak pernah mencapai kemuncak seperti sebelumnya.

Kali terakhir dia bertemu Nadal adalah pada separuh akhir Masters Madrid pada 2016 dan semasa dia bermain dengan Djokovic dalam Masters Madrid tahun lalu, dia tidak pernah bertemu dengan pemain itu sejak 2017.

"Sudah tentu saya mahukan peluang untuk menentang mereka sekali lagi, sebaik-baiknya pada peringkat akhir kejohanan besar," kata Murray.

"Itu sesuatu yang jelas saya merinduinya, perasaan ketika itu, tidak mempunyai peluang sejak kebelakangan ini.

"Jika saya mendapat peluang untuk berlatih dengan mereka, saya masih sangat menikmatinya.

"Ia memang membawa kembali beberapa kenangan indah, tetapi idealnya, saya mahu melakukannya dalam kejohanan, bukan pada pusingan pertama."

Murray berlatih dengan Nadal di Brisbane ketika pemain Sepanyol itu membuat kemunculan semula selepas hampir 12 bulan berehat kerana kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2023 @ 8:53 PM