Andy Murray. FOTO File AFP
Andy Murray. FOTO File AFP
Agensi

BEKAS juara, Andy Murray menentang pemain Jepun, Yoshihito Nishioka pada pusingan pertama dalam aksi tertutup kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Flushing Meadows.

Kejohanan dijadualkan bermula 31 Ogos hingga 13 September ini mencetus pelbagai tanda tanya berikutan pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan beberapa pemain bintang menarik diri.

Murray pemain dari Britain berusia 33 tahun beraksi kejohanan utama buat pertama kali sejak Terbuka Australia 2019 selepas berdepan masalah kecederaan.

Pemain nombor satu Britain, Johanna Konta bertemu rakan senegara, Heather Watson sementara Kyle Edmund mungkin berdepan pemain pilihan utama kategori lelaki, Novak Djokovic di pusingan kedua.

Beberapa bintang tenis tidak turut serta dalam kejohanan berkenaan adalah juara bertahan, Rafael Nadal dan Bianca Andreescu, yang mengambil keputusan untuk tidak beraksi di New York kerana kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.

Tiada pusingan kelayakan dan beregu campuran, dengan acara beregu lelaki dan wanita dihadkan kepada 32 pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 6:59 PM