PASUKAN bola tampar kebangsaan Turkiye. -FOTO AFP
PASUKAN bola tampar kebangsaan Turkiye. -FOTO AFP
AFP

Istanbul: Pemain bola tampar wanita Turki diserang oleh penonton semasa perlawanan di Adana dan menyebabkan seorang pemain perlukan jahitan di lututnya, kata presiden kelab itu.

Presiden kelab dari Malatya, Mesut Karabulut, yang bandarnya terjejas teruk akibat gempa bumi pada 6 Februari, mengumumkan bahawa beliau sudah memfailkan aduan jenayah terhadap pasukan Imamoglu Belediye dan penyokong mereka.

"Mereka melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada pemain dan jurulatih kami," kata Karabulu yang mendakwa penonton bersikap buruk terutamanya lelaki apabila membaling botol kaca dan plastik ke arah pasukan kami," katanya.

Seorang pemain perlu menjalani lima jahitan selepas mengalami kecederaan di lututnya.

"Pada akhir perlawanan, tempat duduk tidak dikosongkan dan atlet kami tidak dibenarkan masuk ke bilik persalinan," katanya.

"Cawan kaca dan botol di baling ke dalam gelanggang dan ada yang cuba untuk naik ke gelanggang untuk menyerang atlet kami.

Beberapa pemain berkongsi gambar lebam di kaki dan tangan mereka di media sosial.

Pasukan bola tampar wanita Turki memenangi Kejohanan Eropah tahun ini namun kemenangan mereka juga menyebabkan mereka diserang oleh kumpulan ekstremis agama dan konservatif ultra.

Kejadian itu berlaku sehari selepas bola sepak Turki digantung akibat serangan ke atas pengadil oleh beberapa lelaki, termasuk presiden liga utama Ankaragucu, pada akhir perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 10:30 AM