FADZLI (kiri) ketika meninjau kemudahan di Stadium Darul Makmur, Kuantan. FOTO ASROL AWANG
FADZLI (kiri) ketika meninjau kemudahan di Stadium Darul Makmur, Kuantan. FOTO ASROL AWANG
Asrol Awang


Kuantan: Kerajaan Pahang memohon peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaik taraf lampu limpah Stadium Darul Makmur.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, permohonan itu turut membabitkan tempat duduk penonton.

"Sebenarnya pada Ogos lalu, saya sudah mengemukakan permohonan peruntukan membabitkan lampu limpah dan tempat duduk penonton di stadium.

"Jika diikutkan ia adalah keperluan mendesak kerana kita (Kerajaan Pahang) sendiri tidak mampu untuk menaik taraf lampu limpah.

"Ini kerana bagi kos penggantian lampu limpah LED dianggarkan RM3.2 juta dan kita tidak berkemampuan daripada segi kewangan setakat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2023 @ 9:24 PM