AKSI Leylah membalas hantaran Magda.  FOTO Reuters
AKSI Leylah membalas hantaran Magda. FOTO Reuters
AFP

Seville, Sepanyol: Itali dan Kanada menempah tiket separuh akhir Piala King Billie Jean (BJK) selepas masing-masing menewaskan Jerman dan Poland 3-0 manakala juara bertahan Switzerland tersingkir, awal pagi tadi.

Leylah Fernandez menewaskan pemain Poland, Magda Linette 6-2, 6-3 di Seville untuk mengesahkan kemaraan Kanada selepas Marina Stakusic mengatasi cabaran Magdalena Frech 4-6, 7-5, 6-3 dalam aksi Kumpulan C.

Pemain beregu Eugenie Bouchard dan Gabriela Dabrowski melengkapkan kemenangan Kanada sekali gus memusnahkan harapan tipis tuan rumah Sepanyol untuk mara ke separuh akhir di kejohanan yang mereka menjuarainya sebanyak lima kali.

Sepanyol tewas 0-3 di tangan Kanada kelmarin dan akan menentang Poland sebagai pelengkap jadual dengan hanya juara kumpulan layak ke kelompok empat terakhir.

Switzerland yang hanya sekali meraih gelaran tahun lalu turut tersingkir apabila tewas 0-3 kepada Amerika Syarikat sehari selepas tewas dengan keputusan sama di tangan Republik Czech.

Dalam perlawanan awal, juara empat kali Itali menewaskan Jerman untuk menyingkirkan pencabar Kumpulan D, Perancis.

Juara daripada empat kumpulan mara ke separuh akhir yang berlangsung esok sebelum final pada Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 10:14 AM