VIKTORIJA puas selepas menumpaskan Bianca dalam acara perseorangan. FOTO AP
VIKTORIJA puas selepas menumpaskan Bianca dalam acara perseorangan. FOTO AP
AFP

Glasgow: Switzerland dan Republik Czech mara daripada peringkat kumpulan Piala Billie Jean King mereka sekali gus bakal bertembung sesama sendiri di separuh akhir di Glasgow.

Switzerland menewaskan Kanada 2-1 untuk memenangi Kumpulan A, manakala Republik Czech menewaskan Amerika Syarikat (AS) 2-1 untuk merangkul tempat teratas Kumpulan D.

Kedua-dua Switzerland dan Kanada selesa menumpaskan Itali dalam perlawanan pembukaan mereka di Arena Emirates, membolehkan mereka mudah mara ke separuh akhir.

Viktorija Golubic bangkit daripada ketinggalan satu set untuk mengecewakan bekas juara Terbuka AS Bianca Andreescu 2-6, 6-3, 6-4.

Pemain nombor 12 dunia, Belinda Bencic mengesahkan kemenangan selepas mengalahkan naib juara Terbuka AS tahun lalu, Leylah Fernandez 6-0, 7-5.

"Rasanya sangat luar biasa. Jelas sekali kami sangat gembira untuk mara ke separuh akhir.

"Ia tidak mudah. Kami menunjukkan bahawa kami adalah salah satu pasukan terbaik dunia, bahawa kami begitu konsisten.

"Ia menunjukkan bahawa kami benar-benar mengambil berat, pertama sekali, mengenai Piala Billie Jean King dan bermain untuk negara kami," kata Bencic.

Leylah dan Gabriela Dabrowski memenangi aksi beregu 6-2, 6-1 mengatasi pasangan Switzerland, Jil Teichmann and Simona Waltert.

Kejutan Czech ke atas AS bermula dengan kejayaan Marketa Vondrousova dan Katerina Siniakova.

Marketa memberikan permulaan cemerlang buat negaranya selepas mengalahkan pemain nombor 14 dunia, Danielle Collins 6-3, 6-3 in 72 minutes.

Ia menyebabkan pemain nombor tujuh dunia Coco Gauff perlu menumpaskan Katerina untuk menghidupkan kembali peluang AS.

Bagaimanapun, Katerina yang menduduki tangga ke-47 dunia, berjaya mencatat kemenangan 7-6 (7/1), 6-1 ke atas Coco.

Dalam aksi beregu pasangan Czech, Karolina Pliskova dan Karolina Muchova kalah 3-6, 3-6 menentang Madison Keys dan Taylor Townsend.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 12:27 PM