AKSI antara Murray dan Kokkinakis di Terbuka Australia tahun ini berakhir pada 4:05 pagi. FOTO Agensi
AKSI antara Murray dan Kokkinakis di Terbuka Australia tahun ini berakhir pada 4:05 pagi. FOTO Agensi
AFP

Sydney: Penganjur Terbuka Australia akan menambah bilangan hari bagi membolehkan kejohanan itu dilangsungkan selama 15 hari untuk mengelak aksi lewat malam selepas pemain Britain, Andy Murray terpaksa bermain sehingga 4:05 pagi.

Kejohanan berpangkalan di Melbourne itu, yang juga Grand Slam pertama daripada empat setiap tahun, selepas ini akan bermula sehari lebih awal iaitu pada hari Ahad.

"Kami mendengar maklum balas daripada pemain dan peminat dan teruja untuk menyampaikan penyelesaian bagi meminimumkan penamat lewat," kata pengarah kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley.

"Tambahan hari yang diputuskan ini, bakal memberi manfaat kepada penjadualan semula untuk peminat dan pemain."

Terbuka Australia tidak menyebut secara khusus perlawanan larut malam membabitkan Murray di Melbourne tahun ini, yang mencetuskan perdebatan umum mengenai jadual kejohanan itu.

Murray bertanya semasa kemenangan lima set epiknya: "Mengapa kami bermain pada pukul 3 pagi?"

Perlawanannya selama lima jam 45 minit menentang pemain Australia, Thanasi Kokkinakis akhirnya tamat pada 4:05 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 12:59 PM