AKSI Syafiq Puteh (kanan) dan Ooi Tze Liang, hari ini. FOTO REUTERS
AKSI Syafiq Puteh (kanan) dan Ooi Tze Liang, hari ini. FOTO REUTERS
Fabian Peter


Hangzhou: Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang menghadiahkan pingat kedua untuk Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Dalam acara final 3m papan anjal seirama lelaki, Syafiq-Tze Liang mencatatkan 380.22 mata selepas enam terjunan untuk memenangi gangsa.

Penerjun pilihan tuan rumah, Yan Siyu-He Chao mencatatkan 422.55 mata untuk memenangi emas, manakala Yi Jaegyeong-Woo Haram dari Korea Selatan meraih perak dengan catatan 393.00 mata.

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong, turut meraih gangsa dalam acara final 10m platform seirama wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2023 @ 8:34 PM