QIN memecahkan rekod dunia bagi acara 200m kuak dada lelaki, hari ini. FOTO AFP
QIN memecahkan rekod dunia bagi acara 200m kuak dada lelaki, hari ini. FOTO AFP
AFP

Fukuoka: Perenang China, Qin Haiyang mencatatkan rekod dunia baharu bagi acara 200 meter (m) kuak dada lelaki dengan catatan 2 minit 05.48 saat (s) di Kejohanan Akuatik Dunia, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Qin menyapu bersih pingat emas acara itu selepas memenangi acara 50m dan 100m yang diadakan lebih awal.

Qin menamatkan renangan di depan pemegang rekod dunia sebelum ini, Zac Stubblety-Cook dari Australia yang mencatatkan 2:06.40s manakala perenang Amerika Syarikat (AS), Matt Fallon di tempat ketiga dengan catatan 2:07.74s.

Qin berada di depan sejak awal dan langsung tidak dicabar.

Perenang Perancis, Leon Marchand pada awalnya dikatakan mahu bertanding dalam acara itu, tetapi menarik diri kerana keletihan.

Prestasi Marchand di Fukuoka sukar digugat apabila memenangi acara 200m dan 400m rampaian individu dan 200m kuak kupu-kupu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 10:09 PM