MOLLIE terkejut selepas berjaya pecahkan rekod dunia. FOTO AFP
MOLLIE terkejut selepas berjaya pecahkan rekod dunia. FOTO AFP
Reuters

Fukuoka: Mollie O'Callaghan dari Australia mencipta rekod dunia dalam acara 200 meter (m) gaya bebas wanita sekali gus meraih pingat emas dengan catatan 1 minit, 52.85 saat (s) di Kejohanan Renang Dunia hari ini.

Mollie memadamkan rekod lama 1:52.98s yang dilakukan Federica Pellegrini dari Itali di kejohanan sama pada 2009 di Rom, dan berada 0.16s di hadapan pemenang pingat perak, Ariarne Titmus (Australia).

"Saya sangat terkejut ketika ini kerana saya mengalami kecederaan dan saya hanya menjangkakan untuk berseronok," kata Mollie.

"Saya sangat gembira. Tampil dengan rekod dunia adalah sesuatu yang menakjubkan."

"I'm just really shook at the moment because coming into this I did have an injury and I was just expecting to have fun," O'Callaghan said.

"I was going to be really happy. To come away with a world record is just amazing."

Summer McIntosh dari Kanada memenangi gangsa.

Sementara itu, Ahmed Hafnaoui dari Tunisia memenangi acara 800m gaya bebas lelaki.

Hafnaoui mencatat masa 7:37.00s, mengatasi perenang Australia, Sam Short (7:37.76s) dan Bobby Finke dari Amerika Syarikat (7:38.67).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2023 @ 7:46 PM