EVENEPOEL dikritik kerana memutuskan untuk meneruskan perlumbaan Giro d’Italia kerana dijangkiti Covid-19. FOTO AFP
EVENEPOEL dikritik kerana memutuskan untuk meneruskan perlumbaan Giro d’Italia kerana dijangkiti Covid-19. FOTO AFP
AFP

Paris: Bintang berbasikal Belgium, Remco Evenepoel menerima kritikan apabila dia mengumumkan akan kembali berlatih sembilan hari selepas tidak meneruskan perlumbaan Giro d'Italia kerana positif Covid-19 biarpun ketika itu sedang mendahului saingan.

Evenepoel meninggalkan perlumbaan pada 14 Mei lalu selepas diuji positif dan kembali ke Belgium keesokan harinya.

Pelumba yang memenangi kejuaraan dunia dan Vuelta Sepanyol musim lalu itu berkata meninggalkan sesuatu perlumbaan adalah sukar.

"Naik dan turun adalah sebahagian daripada perjalanan hidup seorang pelumba dan saya menerimanya," kata pelumba berusia 23 tahun itu.

"Apa yang sukar diterima adalah komen palsu dan negatif yang saya terima selepas meninggalkan perlumbaan.

"Saya ingin memberi tahu semua orang bahawa saya bukan robot. Saya juga manusia biasa, suami, anak lelaki, rakan sepasukan dan lain-lain dan saya juga seorang manusia," tulis pelumba berusia 23 tahun itu dalam hantaran di Facebooknya sambil menambah bahawa perkara itu akan dijadikan sebagai motivasi buat dirinya.

"Selepas pemeriksaan dan pemeriksaan perubatan hari ini, saya mendapat lampu hijau untuk memulakan latihan semula."

Sukan berbasikal tidak lagi mewajibkan pelumba basikal berhenti berlumba selepas disahkan positif Covid-19.

Di Itali, beberapa bekas juara termasuk Francesco Moser, mengkritik keputusan Evenepoel untuk meninggalkan perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2023 @ 10:07 AM