REYES ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Dubai pada 2019.
REYES ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Dubai pada 2019.
Syazwan Msar

Phnom Penh:Usia hanyalah pada nombor apabila pasukan snooker dan billiard Filipina terus meletakkan kepercayaan kepada atlet bertaraf warga emas untuk bersaing dalam Sukan Sea Kemboja.

Atlet berkenaan iaitu Efren Reyes berusia 69 tahun akan bersaing dalam acara billiard cushion carom perseorangan sekali gus menjadi antara indivdu paling tua menyertai temasya dwi tahunan itu.

Namun, kehadiran Reyes yang digelar 'The Magician'di pentas Sukan Sea Kemboja bukanlah sekadar pelengkap semata-mata kerana dia reputasi besar apabila sudah memenangi lebih 100 gelaran dunia.

Menerusi tembual media tempatan bersama Presiden Konfederasi Sukan Biliard Filipina Robert Mananquil memaklumkan Reyes terus diberikan kepercayaan untuk menjadi penyumbang pingat emas Filipina.

"Reyes akan menyertai Francisco Dela Cruz untuk merebut pingat dalam acara cushion carom individu,"katanya.

Berdasarkan penyertaan Reyes pada edisi lalu, dia membawa pulang pingat gangsa selepas tewas kepada wakil tuan rumah.

Mengikut rekod, pada edisi sukan Sea di Hanoi menyaksikan snuker dan billiard dikuasai Filipina menerusi empat emas manakala Vietnam (2 emas) dan Malaysia pula membawa pulang satu emas.

Sementara itu, atlet tertua negara di Sukan Sea Kemboja adalah Tan Yu Huat yang bermain dalam acara catur Xiang Qi. Yu Huat berusia 45 tahun sebelum ini memenangi gangsa di Hanoi dan kali ini diberikan harapan untuk membawa pulang emas dalam acara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 6:13 PM