EMMA mara ke pusingan kedua Indian Wells. FOTO AFP
EMMA mara ke pusingan kedua Indian Wells. FOTO AFP
AFP

Indian Wells: Bekas juara Terbuka AS, Emma Raducanu bangkit daripada ketinggalan dalam setiap set untuk menewaskan Danka Kovinic 6-2, 6-3 seterusnya mara ke pusingan kedua Indian Wells WTA dan ATP Masters 1000.

Emma dari Britain membalas dendam kekalahan ketika pusingan kedua Terbuka Australia 2022 kepada pemain Montenegro itu selepas berdepan pelbagai masalah kesihatan dan kecederaan yang melambatkan permulaan kempennya pada 2023.

Emma menutup musim 2022 lebih awal kerana mengalami masalah di pergelangan tangan dan cedera di pergelangan kakinya pada perlawanan kedua 2023 di Auckland.

Dia menarik diri menyertai WTA di Austin minggu lalu kerana sakit tonsil dan menarik diri daripada pra-kejohanan di sini apabila kecederaan pergelangan tangannya semakin serius.

"Ia perlawanan yang bagus untuk saya lalui," kata Emma yang ketinggalan 0-2 dalam kedua-dua set sebelum menang dalam tempoh satu jam 21 minit ke atas Danka

"Saya menentangnya ketika di Terbuka Australia dan ia satu pertempuran yang agak sukar. Saya gembira dalam kembali menewaskannya."

Emma juara Terbuka AS 2021, salah seorang bekas pemenang Grand Slam yang beraksi di pusingan pertama di California, di mana 32 pilihan lelaki dan wanita diketuai Carlos Alcaraz dan Iga Swiatek mendapat bye pada pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 12:55 PM