Pemain Britain, Emma Raducanu. FOTO EPA
Pemain Britain, Emma Raducanu. FOTO EPA
Agensi

Melbourne: Sensasi Britain, Emma Raducanu mempamerkan kualiti dan kematangan untuk menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Sloane Stephens dalam pertarungan tiga set untuk mara ke pusingan kedua, Terbuka Australia.

Juara Terbuka AS itu menang 6-0, 2-6, 6-1 ke atas Sloane dengan satu lagi kemenangan yang dicatat di New York.

Emma pilihan ke-17, beraksi cemerlang di set pertama dalam masa 17 minit sebelum melakukan beberapa kesilapan di set kedua.

Sloane mengambil kesempatan untuk menyamai kedudukan namun Emma kembali menemui rentak di set penentuan.

Pemain berusia 19 tahun itu akan berdepan wakil Montenegro, Danka Kovinic pada pusingan kedua, Khamis ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 9:39 PM