EMMA Raducanu melambai tangannya kepada penonton ketika meninggalkan gelanggang. FOTO EPA
EMMA Raducanu melambai tangannya kepada penonton ketika meninggalkan gelanggang. FOTO EPA
AFP

Indian Wells: Emma Raducanu tersingkir di pusingan kedua kejohanan WTA Indian Wells selepas Aliaksandra Sasnovich menewaskannya 6-2, 6-4 sekali gus kekalahan pertamanya pada perlawanan pertama selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Emma dilihat berkarat ketika beraksi buat kali pertama di atas gelanggang sejak 11 September lalu yang menyaksikan pemain berusia 18 tahun itu mengejutkan dunia apabila memenangi Terbuka AS.

Dia muncul pemain yang beraksi dalam kempen kelayakan berjaya memenangi gelaran Grand Slam.

Ketika itu, Emma menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez 6-4, 6-3 untuk memenangi saingan di Flushing Meadows.

Aliaksandra nyata lebih menyerlah ketika kedua-dua pemain itu bertemu buat kali pertama.

Aliaksandra beraksi pada perlawanan keduanya manakala Emma mendapat bye pada pusingan pertama.

"Saya amat seronok beraksi di sini. Emma baru saja memenangi Terbuka AS dan saya tewas seawal pusingan pertama di kejohanan itu. Jadi situasinya agak berbeza," kata Aliaksandra.

Aliaksandra akan beraksi pada pusingan ketiga bertemu pilihan ke-11, Simona Halep.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 12:43 PM