IGA (kanan) sudah mula menyesuaikan diri menjadi bintang tenis ternama. FOTO AFP
IGA (kanan) sudah mula menyesuaikan diri menjadi bintang tenis ternama. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Iga Swiatek berkata dia semakin terbiasa dengan jangkaan tinggi dan kritikan pedas jika mahu menjadi pemain terbaik dunia dan merasai 'suasana yang menyenangkan' menjelang misi mempertahankan gelaran di Indian Wells.

Setahun yang lalu di kejohanan di padang pasir California Selatan itu, pemain Poland itu mula benar-benar mencapai langkahnya ketika mencatat kemenangan 37 perlawanan berturut-turut.

Sejak daripada itu, juara Grand Slam tiga kali itu sentiasa menjadi sasaran pemain yang harus dikalahkan.

"Saya rasa seperti ada sedikit serangan di belakang saya, yang saya tidak rasa tahun lalu. Jadi ia adalah situasi yang berbeza dan saya perlu menyesuaikan diri," katanya.

"Sebaliknya saya sudah menjadi nombor satu selama hampir setahun jadi saya sudah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menanganinya."

Belajar untuk mengetepikan pengkritik adalah satu lagi penyesuaian yang dia perlu buat.

Pemain berusia 21 tahun itu berkata, dia terkejut dengan sikap negatif yang datang dengan kekalahannya pada final Kejohanan Tenis Dubai bulan lalu selepas dia berjaya mempertahankan kejuaraannya di Doha.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2023 @ 12:03 PM