DUPLANTIS terus mempamerkan aksi konsisten sejak menguasai acara lompat bergalah dunia. FOTO Reuters
DUPLANTIS terus mempamerkan aksi konsisten sejak menguasai acara lompat bergalah dunia. FOTO Reuters
AFP

Xiamen: Atlet Sweden, Armand 'Mondo' Duplantis membuka musim saingan luar dewan dengan menakjubkan apabila dia mengatasi rekod dunia lompat bergalah miliknya sendiri pada aksi Liga Berlian Xiamen.

Duplantis, juara bertahan Olimpik dan juara dunia dua kali, melepasi jarak 6.24 meter (m) pada percubaan pertamanya di Stadium Egret untuk memadamkan rekod terdahulu 6.23m yang dilakukan di Eugene tahun lalu.

Atlet berusia 24 tahun kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu menyertai pertandingan dengan catatan 5.62m, sebelum melepasi jarak 5.82m dan 6.00m seterusnya mencipta rekod dunia baharu yang kelapan dalam acara berkenaan.

Sam Hendricks dari AS menduduki tempat kedua dengan catatan terbaik 5.82m, wakil tuan rumah, Bokai Huang meraih tempat ketiga (5.72m).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 9:25 PM