DUPLANTIS dua kali cipta rekod dunia lompat bergalah. -FOTO AP
DUPLANTIS dua kali cipta rekod dunia lompat bergalah. -FOTO AP
AFP

Paris: Atlet lari berpagar Amerika yang juga juara dunia Sydney McLaughlin-Levrone dan atlet lompat bergalah Sweden, Mondo Duplantis diumum sebagai penerima anugerah Atlet Terbaik Dunia.

Sydney memecahkan rekod 400m lari berpagar wanita dunia sebanyak dua kali manakala Duplantis pula tiga kali mencatatkan rekod dunia tahun ini.

Duplantis kelahiran Amerika Syarikat memenangi anugerah itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun dengan tiga rekod dunia dicatatkan pada 2022 termasuk rekod dalam dewan pada Mac dan terbuka Julai lalu.

"Melangkah ke tahun ini saya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap diri saya dan mempunyai beberapa matlamat yang sangat besar," kata Duplantis, 23.

"Saya mahu memenangi juara dunia dalam dewan dan di luar dewan, Eropah dan final Liga Belian dan saya mahu memecahkan rekod dunia beberapa kali," tambahnya.

Kedua-dua gelaran itu diraih dalam rekod tertinggi dunia masing-masing 6.20 dan 6.21 meter dan dia juga meraih emas di kejuaraan Eropah di Munich.

Dia memenangi 18 daripada 19 pertandingan yang disertai dan melepasi ketinggian enam meter atau lebih tinggi sebanyak 23 kali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 12:59 PM