RUBLEV membalas Medvedev dalam aksi separuh akhir Cincinnati Masters. FOTO AFP
RUBLEV membalas Medvedev dalam aksi separuh akhir Cincinnati Masters. FOTO AFP
AFP

Cincinnati: Andrey Rublev memenangi perlawanan ke-10 ke atas pemain Russia, Daniil Medvedev 2-6, 6-3, 6-3 untuk menempah tiket ke final ATP dan WTA Cincinnati Masters.

Rublev yang kini menghuni ranking ketujuh dunia tidak pernah menang banyak dalam satu set sepanjang empat kekalahan sebelum ini kepada rakan senegarannya yang kini menduduki ranking kedua dunia yang juga pemain pilihan di kejohanan berprestij sebelum Terbuka Amerika Syarikat bermula.

Medvedev yang dalam usaha mencari gelaran Masters Kanada-AS lepas menjulang kejuaraan di Toronto, diberikan rawatan sebanyak tiga kali sebelum tewas kepada Rublev.

Dalam aksi wanita, pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty mara ke final keenamnya musim ini selepas menang 6-2, 7-5 ke atas Angelique Kerber.

Pilihan utama dari Australia itu yang memimpin kedudukan pendahulu selama 82 minggu memerlukan satu jam 15 minit untuk mara ke final memperbaiki pencapaian pada 2019 apabila mara ke separuh akhir.

Barty akan berdepan pemain wild card dari Switzerland Jil Teichmann untuk penentuan juara selepas Jil menewaskan pilihan kelima dari Republik Czech Karolina Pliskova 6-2, 6-4 untuk mara ke final keempat dalam kariernya namun yang pertama dalam saingan elit Masters.

Pemain berusia 24 tahun dan menghuni ranking ke-76 dunia memerlukan 84 minit untuk meneruskan aksi mengagumkan sepanjang minggu ini selepas menewaskan Naomi Osaka di pusingan ketiga dan pemenang pingat emas Olimpik Belinda Bencic di suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 1:59 PM