ZAZZERI meminati bidang seni selain beraksi di kolam renang. FOTO Agensi
ZAZZERI meminati bidang seni selain beraksi di kolam renang. FOTO Agensi
Reuters

Milan: Anda boleh mengeluarkan air dari kolam tetapi tidak boleh mengeluarkan Lorenzo Zazzeri dari kolam.

Pemenang pingat perak Olimpik itu sekarang ini lebih berminat untuk melukis di kolam renang ketika dia dalam proses pemulihan daripada komplikasi kejutan anafilaksis yang dialami.

Perenang berusia 28 tahun itu, yang menjadi sebahagian daripada kuartet gaya bebas 4x100 Itali yang beraksi di Olimpik Tokyo tahun lalu, memberi tumpuan kepada lukisan selepas mendaftar dengan sekolah seni.

"Bagi saya seni adalah cara yang menakjubkan untuk meluangkan masa tetapi aktiviti kegemaran saya kekal berenang," kata Zazzeri, yang memenangi emas dalam acara 4x100m rampaian pada kejohanan dunia tahun ini.

Ia bukan kali pertama Zazzeri menggunakan terapi seni kerana sebelum ini dia menjadi lukisan sebagai cara membantu meringankan tekanan kejohanan renang.

Dia mempunyai akaun berasingan di Instagram untuk memaparkan karyanya, yang terdiri daripada fotorealisme hingga kubisme, dan mempunyai hampir 20,000 pengikut.

Zazzeri pada mulanya mengalami kejutan anaphylactic akibat makanan tetapi ujian lanjut susulan insiden itu mendedahkan dia mempunyai masalah jantung yang perlu distabilkan.

Dia berkata awal minggu ini dia tidak dapat berlatih selama tiga bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 11:34 AM