ELENA meraikan kejayaannya bergelar juara Wimbledon. -FOTO Reuters
ELENA meraikan kejayaannya bergelar juara Wimbledon. -FOTO Reuters
AFP

London: Pemain kelahiran Rusia, Elena Rybakina bangkit daripada ketinggalan satu set menentang Ons Jabeur untuk memenangi gelaran Wimbledon seterusnya menafikan peluang pemain nombor dua dunia dari Tunisia itu mencipta sejarah dalam tenis Afrika.

Ons mencuba sedaya upaya untuk menang tapi pilihan ke-17 itu mendapat tenaga luar biasa apabila hanya kehilangan empat permainan selepas set pertama sebelum menang 3-6, 6-2, 6-2 victory.

Pemain Rusia dan Belarus tidak dibenarkan menyertai Wimbledon tahun ini berikutan pencerobohan ke atas Ukraine namun Elena kelahiran Moscow dibenarkan beraksi kerana dia menukar kerakyatannya kepada Kazakhstan pada 2018.

Pemain berusia 23 tahun itu yang sebelum ini tidak pernah mara melepasi suku akhir Grand Slam, berkata dia "sangat gementar" sebelum dan ketika aksi di Centre Court.

"Saya tidak jangka akan bermain dalam minggu kedua Grand Slam di Wimbledon," katanya.

"Untuk menjadi pemenang ialah sesuatu yang menakjubkan. Tiada kata-kata yang saya dapat ucapkan betapa saya sangat gembira."

Ons, 27, memulakan perlawanan dengan baik apabila menggunakan pelbagai gaya yang mengganggu rentak bertenaga Elena namun gagal meneruskannya.

Elena ditanya selepas perlawanan sama ada kerajaan Rusia akan menggunakan kemenangannya sebagai bahan politik, Elena berkata "Saya bermain buat Kazakhstan sangat-sangat lama," katanya.

"Saya mewakili mereka dalam kejohanan terbesar, Olimpik yang menjadi satu impian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 7:57 AM