LANGKAH Serena terhenti di pusingan ketiga. -FOTO EPA
LANGKAH Serena terhenti di pusingan ketiga. -FOTO EPA
Reuters

New York: Serena William akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila tewas di pusingan ketiga kepada Ajla Tomljanovic.

Kekalahan itu mungkin akan menjadi perlawanan terakhir buat Serena yang akan menutup kariernya gemilangnya sebagai pemain perseorangan tenis wanita.

Serena tewas 7-5 6-7 (4) 6-1 kepada pemain ranking ke-46 dunia dari Australia selepas mengumpul 23 gelaran Grand Slam dan bersara dengan penuh hormat.

Serena mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Anett Kontaveit, dan memberi tentangan hebat kepada Ajla.

Pemain Australia itu memerlukan enam mata akhir untuk menamatkan karier pemain berusia 40 tahun dari Amerika Syarikat itu.

Serena mengumumkan hasratnya untuk bersara bulan lalu, bagi memberi tumpuan kepada keluarga, namun tidak pernah mengesahkan Terbuka AS sebagai kejohanan terakhirnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2022 @ 12:08 PM