ATLET Bermuda, Flora Duffy menang pingat emas triatlon wanita di Sukan Komanwel Birmingam 2022, semalam. FOTO AFP
ATLET Bermuda, Flora Duffy menang pingat emas triatlon wanita di Sukan Komanwel Birmingam 2022, semalam. FOTO AFP
AFP

Birmingham: Juara Olimpik pertama dari Bermuda, Flora Duffy menjadi atlet triatlon pertama mengekalkan gelaran di Sukan Komanwel apabila memenangi pingat emas di Birmingham 2022, semalam, manakala peserta England, Alex Yee muncul juara acara lelaki.

Flora, 34, menamatkan cabaran dalam masa 55 minit 25 saat mengatasi peserta England, Georgia Taylor-Brown yang menang perak di belakang Flora di Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu.

Beth Potter dari Scotland menduduki tempat ketiga.

"Tiada atlet menang dua kali dan ia sangat bermakna buat saya," kata Flora kepada BBC.

"Penyokong memberi sokongan padu kepada Georgia (Taylor-Brown), tetapi saya mampu mengatasinya dan ia cukup istimewa.

"Permulaan tahun ini agak janggal selepas Olimpik serta dijangkiti Covid-19 dua kali, tetapi saya sedar jika memberi masa kepada diri sendiri serta bersabar, saya boleh memberikan prestasi terbaik di sini."

Flora tidak jauh di depan Georgia ketika bersaing dalam acara ketiga dan terakhir iaitu larian sejauh 5 kilometer.

Bagaimanapun, di sebalik prestasi kurang baik pada musim ini selepas diserang Covid-19, dia mengatasi cabaran musuh ketat berusia 28 tahun itu di pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 9:44 AM