EFE

Madrid: Atlet kanu Sepanyol, Sete Benavides secara rasmi diberikan pingat gangsa Sukan Olimpik yang dimenanginya 10 tahun lalu, iaitu ketika di Sukan Olimpik London 2012.

Dia yang pada asalnya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan C1 200m, diberikan kedudukan podium selepas pesaingnya, Jevgenijus Shuklin dari Lithuania, dilucutkan pingat perak yang dimenanginya pada 2019 kerana kesalahan doping.

BENAVIDES bersama pingat gangsa dimenanginya di Sukan Olimpik London 2012. FOTO Sete Benavides
BENAVIDES bersama pingat gangsa dimenanginya di Sukan Olimpik London 2012. FOTO Sete Benavides

"Pingat ini sepatutnya saya miliki pada awal karier saya iaitu ketika hanya memenangi dua atau tiga pingat.

"Ia (pingat) tiba lewat tetapi sekurang-kurangnya ia tiba dan saya gembira," kata Benavides semasa majlis penyerahan pingat itu di ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Sepanyol, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2022 @ 7:12 PM