FURY dan Whyte bersama promoter, Frank Warren bergambar ketika sidang media di Stadium Wembley.
FURY dan Whyte bersama promoter, Frank Warren bergambar ketika sidang media di Stadium Wembley.
AFP

London: Juara heavyweight dunia Tyson Fury berkata, dia memerlukan strategi 'Game- A' bagi menewaskan Dillian Whyte pada Sabtu ini ketika ketegangan memuncak menjelang pertarungan dengan pencabar British itu.

Fury dan Whyte bergabung tenaga menenangkan keadaan selepas berlaku pertikaman lidah di antara bapa juara itu, John dengan ahli pasukan Whyte semasa sidang media pra perlawanan mereka Jumaat lalu.

Fury yang tidak pernah tewas dijangka mengekalkan gelaran WBC di hadapan 94,000 ribu penonton di Wembley.

Walaupun dianggap pertarungan terakhir dalam kariernya, peninju berusia 33 tahun itu sama sekali enggan mengambil mudah.

"Saya fikir semua orang memandang rendah kehebatan perlawanan ini. Saya akan ketawakan mereka kerana mereka dalam kalangan orang yang tidak tahu tentang tinju," kata Fury.

"Ini pertarungan tinju heavywheight, sesiapa sahaja boleh menang hanya dengan satu pukulan. Jika saya tidak menggunakan 'Game-A', dia akan memukul saya terlebih dahulu di antara kepala dan bahu."

"Saya perlu berada dalam prestasi terbaik untuk menewaskannya dan dia perlu melakukan yang terbaik untuk menewaskan saya. Dia pastinya seorang lelaki perlu dihormati dan itu yang saya akan buat."

"Saya sudah melakukan apa sahaja untuk latihan kali ini. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk Dillian seperti saya lakukan kepada (Deonty) Wilder atau (Wladimir) Klitschko.''

Menjelang aksi pertama Fury di Britain sejak Ogos 2018, sikap saling menghormati antara juara dan juga bekas rakan pelatihnya jelas kelihatan apabila mereka berjabat tangan sejurus selesai sesi bergambar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 10:48 AM