VICTORIA akan menjadi tuan rumah temasya Komanwel 2026. -FOTO Agensi
VICTORIA akan menjadi tuan rumah temasya Komanwel 2026. -FOTO Agensi
AFP

Sydney: Australia hari ini mengumumkan Victoria akan menjadi tuan rumah temasya Komanwel 2026 dengan semua acara akan berlangsung di luar ibu kota Melbourne.

Perdana Menteri, Daniel Andrews memuji penganjur kerana memilih untuk mengelolakan temasya itu biarpun 'ia lebih berisiko jika dianjurkan di tengah-tengah bandar besar.'

Temasya itu akan diadakan di empat 'hab' serantau di seluruh bandar Geelong, Ballarat, Bendigo dan Gippsland, masing-masing dengan perkampungan atlet yang berasingan.

Ia akan menjadi kali keenam buat Australia menganjurkan temasya Komanwel dan kali kedua di Victoria selepas temasya 2006 yang berpusat di Melbourne.

Andrews berkata, Sukan Komanwel 2026 dijangka membawa "rangsangan $3 bilion (RM9.4 billion) kepada ekonomi Victoria", yang terpaksa mengharungi sekatan yang lama semasa pandemik Covid-19.

Sukan Komanwel 2022 dijadualkan berlangsung di Birmingham, England, dari 28 Julai hingga 8 Ogos.

Victoria mengesahkan 16 sukan untuk temasya itu setakat ini termasuk akuatik, berbasikal dan kriket dengan pengumuman lanjut akan dilakukan selepas ini.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Louise Martin menyifatkan Victoria mempunyai padang yang berinovatif untuk penganjuran temasya itu.

"Di Victoria kami percaya kami mempunyai kelengkapan sempurna untuk penganjuran seterusnya dalam perjalanan kami menganjurkan temasya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2022 @ 12:08 PM