MURRAY tidak lagi bersama jurulatihnya, Delgado. -FOTO APF
MURRAY tidak lagi bersama jurulatihnya, Delgado. -FOTO APF
AFP

London: Andy Murray mengumumkan perpisahan dengan jurulatihnya Jamie Delgado dan tidak akan bersama lagi dengan jurulatih itu pada musim depan.

Delgado mula melatih Murray sejak 2016, membantunya merangkul gelaran Wimbledon kedua dan menjadi pemain nombor satu dunia pada tahun yang sama.

Beliau mengambil alih tugas jurulatih utama daripada Ivan Lendl pada 2017, sebelum karier Murray dihantui kecederaan pinggul.

Walaupun kembali dalam siri jelajah ATP dengan dua siri pembedahan, pemain berusia 34 tahun itu kini tergelincir di tangga 134 dunia.

Menurut laporan media, Delgado dilaporkan akan bekerjasama dengan pemain Kanada, Denis Shapovalov yang kini berada di ranking ke-14 dunia.

Murray akan meneruskan siri perlawanan pada perlawanan pertunjukan menentang pemain Jerman, Jan De Witt di Abu Dhabi minggu depan sebagai persediaan menjelang terbuka Australia.

Pemain Scotland itu yang baru-baru ini bekerjasama dengan Johanna Konta bekas jurulatih kepada Esteban Carril akan bertemu Dominic Thiem di Kejohanan Tenis Dunia di Mubadala dan akan berdepan Rafael Nada jika berjaya menewaskan pemain Austria itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 12:31 PM