NAOMI bergelut dengan kemerosotan prestasi. - FOTO AFP
NAOMI bergelut dengan kemerosotan prestasi. - FOTO AFP
Reuters

PEMAIN wanita Jepun, Naomi Osaka mengharungi prestasi tidak menentu sejak kemenangan dramatik ke atas Serena Williams pada final Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Selepas meraih trofi sulung Grand Slam, Naomi muncul pemain Jepun pertama menduduki ranking teratas dunia apabila menang Slam kedua di Terbuka Australia pada Januari lalu.

Bintang meningkat naik itu muncul atlet kedua wanita mendapat bayaran tertinggi selepas Serena menerusi penajaan lumayan.

Tetapi ketika dunia tenis di kakinya, pemain berusia 21 tahun itu mula bergelut mengekalkan prestasi. Dia gagal menjuarai sebarang kejohanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, hilang mahkota ranking dan tersingkir seawal pusingan pertama di Wimbledon.

Naomi meluahkan kekecewaan di media sosial awal bulan ini dengan menganggap beberapa bulan terakhir adalah yang paling buruk dalam hidupnya.

Menjelang misi mempertahankan Terbuka AS, Naomi juga dihantui kecederaan lutut yang memaksanya menarik diri daripada aksi suku akhir Masters Cincinnati minggu lalu tetapi dia tetap yakin dapat beraksi di New York walaupun bertentangan dengan kehendak doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 12:38 PM