Anthony Joshua. FOTO Agensi
Anthony Joshua. FOTO Agensi
Agensi

London: Anthony Joshua berjanji melakukan segalanya dengan kuasa yang ada padanya untuk memastikan pertarungan berdepan Tyson Fury dilangsungkan sebelum dia bersara dan menegaskan ia akan berlaku di mana-mana venue dekat Britain yang menjadi pilihan.

Juara heavyweight dunia diwajibkan oleh WBO berdepan Oleksandr Usyk di Stadium Tottenham Hotspur pada 25 September.

Ia hanya pertarungan yang diatur selepas berdepan Fury pada Ogos gagal apabila Fury diarahkan berdepan Deontay Wilder sekali lagi.

Selepas beberapa siri pertarungan yang dirancang tidak berjaya timbul kebimbangan mengenai usaha melaksanakannya mungkin gagal. Bagaimanapun Joshua begitu optimis kedua-dua mereka dapat memenangi pertarungan masing-masing berdepan Usyk dan Wilder.

"Kami sepatutnya sudah bertarung dan inilah yang diperkatakan," kata Joshua.

"Tetapi ia tetap akan dijalankan. Saya tahu apa orang akan memperkatakan mengenai politik tinju, tetapi saya berjanji sebelum tamat karier saya akan melakukan segalanya untuk bertarung Tyson Fury.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 10:00 PM