TYSON FURY. FOTO AGENSI
TYSON FURY. FOTO AGENSI
AFP

London: Anthony Joshua bersedia untuk bertarung merebut kejuaraan heavyweight menentang peninju Britain, Tyson Fury pada Jun ini selepas mendedahkan bahawa dia berminat untuk mengadakan pertarungan itu.

Joshua dikritik oleh Juara WBC, Fury kerana tidak menunjukkan komitmen untuk bertarung selepas berjaya mempertahankan tali pinggang WBA, WBO, IBF dan IBO menentang Kubrat Pulev awal Disember lalu.

Namun peninju berusia 31 tahun itu mengesahkan perbincangan sedang berlangsung untuk pertarungan yang dinanti-nantikan itu.

"Saya sudah bersedia. Saya mahu bertarung. Pertarungan seterusnya saya mahu menentang Tyson Fury untuk kejohanan dunia yang tidak akan dipertikaikan," katanya.

"Saya sedang melakukan perbincangan dan pasukan pengurusan saya sedang melihat pakej terbaik untuk 2021 dan semoga ia dapat dilakukan.

Joshua tidak berniat untuk mengelak pertarungan menentang Fury biarpun berdepan dengan rintangan untuk pertandingan itu termasuk cabaran WBO dari Oleksandr Usyk dan kemungkinan pertarungan Fury dan Deontay Wilder.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 11:34 AM