Daniil Medvedev bersama trofi yang dimenangi. FOTO AFP
Daniil Medvedev bersama trofi yang dimenangi. FOTO AFP
AFP

Toronto, Kanada: Daniil Medvedev berjaya mengatasi servis pukulan berbahaya pemain Amerika Syarikat (AS), Reilly Opelka untuk memenangi aksi final 6-4, 6-3 di ATP Toronto Masters.

Pemain nombor dua dunia dari Rusia itu hanya memerlukan 87 minit untuk mengatasi lawan.

Medvedev menjadi pemain Rusia pertama memenangi trofi di Kanada sejak Marat Safin melakukannya 21 tahun lalu.

Kemenangan itu adalah final kelima dalam kariernya di peringkat Masters 1000.

"Apabila bermula saya sentiasa ingin memasang impian untuk ke final Masters," katanya.

"Kini saya sudah beraksi dalam lima dan menang empat daripadanya. Saya sangat gembira. Saya mahu lebih banyak pencapaian lagi, saya mahu beraksi dengan lebih baik."

Daniil Medvedev dari Rusia beraksi menentang Reilly Opelka dari Amerika Syarikat pada aksi final. FOTO AFP
Daniil Medvedev dari Rusia beraksi menentang Reilly Opelka dari Amerika Syarikat pada aksi final. FOTO AFP

Medvedev, yang diletakkan sebagai pilihan utama pada Cincinnati Masters minggu depan iaitu kejohanan utama sebelum Terbuka AS yang bermula 30 Ogos ini, memuji aksi Opelka yang juga pemain nombor satu AS dan ranking 32 dunia.

"Ia adalah minggu hebat buatnya, dia berjuang hingga ke hujung perlawanan," kata Medvedev.

"Beraksi dalam final Masters pertama bukan mudah. Saingan pertama saya adalah di Kanada (Montreal, 2019) dan saya menang hanya tiga perlawanan," dia mengimbau kembali perebutan kejuaraan menentang Rafael Nadal.

Opelka berkata dia terperangkap dengan aksi yang dipamerkan pemain pilihan utama itu sejak dari awal perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 9:28 AM