AKSI  Tsitsipas membalas hantaran Thompson di Washington. - FOTO EPA
AKSI Tsitsipas membalas hantaran Thompson di Washington. - FOTO EPA
AFP

PEMAIN nombor enam dunia, Stefanos Tsitsipas mara ke suku akhir Terbuka ATP Washington selepas menewaskan pemain Australia, Jordan Thompson 6-3, 7-6 (7/4) dalam masa 99 minit, awal pagi tadi.

Pilihan utama berusia 20 tahun dari Greece itu yang menewaskan Roger Federer pada Januari lalu sebelum mara ke separuh akhir Terbuka Austtralia kini memburu gelaran keempat ATP selepas muncul juara di Stockholm pada Oktober lalu, Marseille (Februari) dan Estoril (Mei).

Tsitsipas mara ke separuh akhir Washington 2018 dan seminggu kemudian muncul pemain termuda menewaskan empat pemain teratas ranking ATP dalam minggu sama sebelum kecundang di tangan Rafael Nadal di final Masters Kanada.

Tsitsipas akan menentang pemenang di antara pilihan kelima dari Amerika Syarikat, John Isner dan pilihan ke-10 dari Perancis, Benoit Paire.

Pilihan keenam dari Croatia, Marin Cilic yang juga juara Terbuka AS 2014 menewakan pilihan kesembilan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-3, 6-4.

Cilic yang kini berada di ranking 17 dunia bakal menentang pilihan ke-10 dari Rusia, Daniil Medvedev yang menewaskan pemain tuan rumah, Frances Tiafoe 6-2, 7-5.

Medvedev dan Khachanov memberikan Rusia kali pertama mempunyai dua wakil dalam ranking 10 pemain teratas sejak Oktober 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 9:51 AM