RAMAI orang mendakwa Joshua (kiri) tidak bertarung dengan kekuatan sebenar ketika tewas kepada Usyk, September lalu. FOTO FAIL REUTERS
RAMAI orang mendakwa Joshua (kiri) tidak bertarung dengan kekuatan sebenar ketika tewas kepada Usyk, September lalu. FOTO FAIL REUTERS
Agensi

London: Anthony Joshua mendakwa dia tidak mendapat penghormatan sepatutnya dalam usaha kebangkitannya untuk muncul juara tinju heavyweight dunia.

Petinju Britain itu terlepas tali pinggang WBA, IBF dan WBO heavyweight dunia selepas tewas kepada petinju Ukraine, Oleksandr Usyk, September lalu.

Ramai menyatakan Joshua terlalu pasif dan gagal menggunakan kekuatan semulajadi saiz serta tenaganya dalam pertarungan pertama itu.

Apabila diberitahu penonton mengharapkan dia bertarung sebagai diri sendiri, Joshua memberitahu JD Sports: "Tetapi, saya rasa tidak mendapat penghormatan sepatutnya."

Ditanya sama ada dia fikir orang menjangkakan ia akan sentiasa melakukan 'knockout' terhadap lawannya, Joshua menjawab: "Nah, itu silap. Apabila saya sampai ke divisyen ini, ia adalah bertarung dan tumbukan.

"Saya fikir akan masuk ke gelanggang dan melawan seorang demi seorang.

"Tidak kira siapa, saya akan menewaskan siapa saja di depan saya, tetapi saya perlu pastikan mereka adalah lawan ternama.

"Mungkin kerana saya British, ramai tidak menghormati saya. Saya fikir akan membawa divisyen ini ke Great Britain dan saya akan menunjukkan kepada mereka bahawa kami mantap.

"Saya fikir, orang anggap kami hanya minum teh, makan biskut dan duduk di sebelah ratu."

Petinju berusia 32 tahun itu mencadangkan akan melepaskan gelaran heavyweight jika muncul juara tiga tali pinggang apabila menentang Usyk sekali lagi di Jeddah Super Dome di Arab Saudi, 20 Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 11:33 AM