JOSHUA (kiri) akan berdepan Franklin. FOTO AP
JOSHUA (kiri) akan berdepan Franklin. FOTO AP
AFP

London: Peninju Britain, Anthony Joshua mentertawakan amaran Jermaine Franklin yang mahu menumbangkannya pada pertarungan Ahad ini dengan bekas juara heavyweight dunia itu menegaskan lawannya dari Amerika itu memilih 'masa paling buruk' untuk berdepan dengannya.

Joshua akan kembali ke gelanggang di Arena O2 London hujung minggu ini.

Petinju berusia 33 tahun itu mengintai kemenangan pertamanya sejak 2020 selepas kekalahan berturut-turut di tangan Oleksandr Usyk sekali gus menyaksikan bekas juara Olimpik itu gagal untuk mendapatkan semula beberapa gelaran heavyweight dunia.

"Ia adalah masa paling buruk untuk berdepan dengan saya. Semakin banyak dia bercakap, semakin besar kubur yang dia gali untuk dirinya sendiri tetapi itulah hakikatnya. Saya boleh mengatakan banyak perkara tentang dia tetapi saya menghormati lawan saya.

"Saya hanya fokus pada pertarungan minggu ini bermula dari pusingan pertama sehingga pusingan ke-12," kata Joshua kepada pemberita.

Joshua, yang mempunyai rekod profesional 24 kemenangan, 22 keputusan knockout serta tiga kekalahan, menukar jurulatih menjelang pertarungan hujung minggu ini, dengan Derrick James yang berpangkalan di Dallas menggantikan Robert Garcia.

"Ia pasti pertarungan yang menghiburkan. Saya jangkakan akan ada yang berlumuran darah dan sangat tidak sabar untuk turun bertarung, kata Joshua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 8:45 AM