AKSI Poirier (kanan) menentang  McGregor di Arena T-Mobile, Las Vegas. FOTO AFP
AKSI Poirier (kanan) menentang McGregor di Arena T-Mobile, Las Vegas. FOTO AFP
Agensi

London: Conor McGregor tidak akan bertarung sehingga Januari depan selepas kakinya patah ketika menentang Dustin Poirier, Ahad lalu.

The Notorious tewas pusingan pertama dengan TKO kepada bekas juara lightweight itu di UFC 264 di Las Vegas.

McGregor, 32, patah kaki kiri sejurus sebelum pusingan pertama tamat dan gagal meneruskan pertarungan.

Dana White kemudiannya berkata jaguh Ireland itu akan menentang pemenang antara Poirier dan juara lightweight Charles Oliveira.

Tetapi McGregor perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya tahun depan untuk kembali ke oktagon melainkan dia mendapat kebenaran doktor.

Dia tidak dibenarkan masuk ke gelanggang sehingga 7 Januari 2022 atau perlu mendapatkan pelepasan daripada pakar ortopedik untuk bertarung lebih awal.

Ia termasuk penggantungan minima enam minggu dan tiada sebarang kontak (rakan sepelatih) sehingga pertengahan Ogos mengikut peraturan MMA.

Bercakap selepas pertarungan itu, Presiden UFC White berkata: "Memang ganas. Bukan caranya untuk anda saksikan ia berakhir. Dustin Poirier akan bertarung untuk gelaran itu.

"Selepas Conor sembuh dan sedia, saya rasa akan ada pertarungan semula.''

Ketika ditanya mengapa, White berkata: "Pertarungan mereka belum selesai.''

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 11:54 PM