ATLET terjun, Wendy menzahirkan ucapan takziah atas pemergian, Haziq. FOTO Instagram
ATLET terjun, Wendy menzahirkan ucapan takziah atas pemergian, Haziq. FOTO Instagram
Firdaus Hashim


Kajang: Pemergian Olimpian negara, Haziq Kamaruddin dari sukan memanah bukan saja mengejutkan peminat sukan negara, bahkan turut mengejutkan atlet lain yang pernah bersama dengan Haziq.

Antara yang merasai kehilangan Allahyarham ialah atlet terjun negara, Wendy Ng yang mengakui Haziq seorang rakan yang suka berkongsi cerita dan pengalaman.

Wendy yang pernah layak dua kali ke pentas Olimpik pada 2012 di London dan 2016 di Rio, Brazil cukup mengenali Haziq yang turut layak ke pentas sama sebanyak dua kali.

"Bro (Haziq) anda akan dirindui selama-lamanya. Kenangan indah yang anda kongsikan kepada kami akan sentiasa diingati sebagai individu yang baik. Rehat dan tenanglah di sana," kata Wendy di laman story Instagramnya.

Selain Wendy, rakan lain yang turut merakamkan ucapan takziah adalah atlet olahraga, Iskandar Alwi di laman sosialnya.

"Al-Fatihah untuk mu sahabat. Semoga di tempatkan di tempat orang-orang beriman," katanya yang beraksi dalam acara lompat bergalah.

Terdahulu, atlet berpengalaman itu disahkan meninggal dunia pagi tadi.Arwah berusia 27 tahun yang memburu tempat ke temasya Olimpik buat kali ketiga itu kini di bawa ke Hospital Kajang untuk menjalani ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Untuk rekod, Haziq menjadi taruhan negara untuk layak beraksi di Tokyo dalam acara berpasukan seterusnya mengikuti jejak langkah rakan pasukan, Khairul Anuar Mohd.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 1:31 PM