HAZIQ rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat subuh. FOTO Agensi
HAZIQ rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat subuh. FOTO Agensi
Firdaus Hashim


Kajang: Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan ujian calitan Covid-19 ke atas jenazah atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin disahkan negatif.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan MSN sebentar tadi, menyatakan kematian Allahyarham tiada kena mengena dengan Covid-19.

Haziq, 27, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada jam 9.37 pagi tadi selepas dilaporkan menggigil dan tidak sedarkan diri di rumahnya di sini.

Difahamkan beliau rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat subuh dan keluar dari bilik air.

Urusan bedah siasat dilakukan petang ini dan proses berkenaan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam.

Ujar kenyataan MSN lagi, proses pengurusan jenazah termasuk mandi, mengkafan dan solat jenazah akan dilakukan di Hospital Kajang, sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka pada malam ini.

Proses pengkebumian dijangka disempurnakan di Merlimau, pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 8:21 PM