KHABIB sudah mengumumkan persaraan di saingan UFC. FOTO Agensi
KHABIB sudah mengumumkan persaraan di saingan UFC. FOTO Agensi
Agensi

London: Khabib Nurmagomedov sudah mencipta nama dalam sukan tempur bela diri campuran dan kini diramal berpotensi menjadi bintang di saingan WWE sekiranya dia mahu melebarkan karier di pentas itu.

Khabib mengejutkan dunia UFC apabila mengumumkan persaraan daripada sukan itu selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254, Oktober tahun lalu.

Terdapat khabar angin juara lightweight itu akan mengubah fikirannya namun Khabib tetap dengan keputusannya untuk bersara.

Ahli gusti profesional, Drew McIntyre percaya Khabib seharusnya mempertimbangkan untuk menyertainya di saingan WWE terutama dengan bantuan promoter, Paul Heyman.

"Dia seorang yang berbakat pernah saya kenali. Jika dia tidak dapat menarik perhatian, kita boleh gunakan khidmat Paul Heyman," katanya kepada TMZ Sports.

"Kita mempunyai individu berbakat yang terhad. Khabib seorang petarung yang amat menakjubkan di UFC. Kami sedia membantunya.

"Saya rasa peminat juga sangat teruja untuk menyaksikannya di WWE.

"Saya lihat (Conor) McGregor juga mahu menentangnya. Dia bercakap perkara buruk untuk memastikan Khabib kembali beraksi.

"Khabib adalah seorang yang amat berbakat. Dia akan menjadi petarung bersatus bintang."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 1:44 PM