GAYA kuncian kaki Khabib yang tidak disenangi McGregor. FOTO Agensi
GAYA kuncian kaki Khabib yang tidak disenangi McGregor. FOTO Agensi
Agensi

KHABIB Nurmagomedov dan Conor McGregor tidak pernah bertemu antara satu sama lain selepas kekalahan memalukan McGregor di tangan Khabib pada 2018, namun kini mereka berdua kembali bergaduh di Twitter.

Segala-galanya bermula selepas McGregor mengkritik gaya Justin Gaethje menewaskan Tony Ferguson pada UFC 249 menerusi kuncian kaki yang hampir sama dengan gaya Khabib.

Merujuk kepada gaya Khabib itu, McGregor berkata: "Justin, tidak ada yang berbahaya bagi petarung yang mengunci kaki lawannya. Bergerak dan 'menari' di sekeliling gelanggang adalah gaya petarung sebenar.

McGregor kemudian melabelkan Khabib sebagai 'tikus yang bersembunyi' dan menggambarkannya sebagai amat memalukan.

"Khabib anda amat memalukan. Bersembunyi seolah seekor tikus seperti yang kita semua sering saksikan. Memalukan bagi seorang petarung sebenar," katanya.

Khabib kemudian membalas kritikan McGregor apabila menulis di Twitter miliknya: "Memeluk kaki? Sudahkah anda terlupa bagaimana saya menewaskan anda? Atau anda sedang mabuk ketika menulis di twitter?

"Saya memukul dan memusnahkan anda dengan kuncian sebelum anda mengangkat tangan tanda mengalah."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 11:12 PM