MCGREGOR digelar sampah oleh pengurus Khabib. FOTO AFP
MCGREGOR digelar sampah oleh pengurus Khabib. FOTO AFP
Agensi

Las Vegas: Pengurus Khabib Nurmagomedov melabelkan Conor McGregor sebagai 'sampah' selain berkata hubungan antara bintang Ireland itu dengan Dana White hanyalah semata-mata kerana wang.

Ali Abdelaziz membidas tindakan McGregor memuat naik mesej peribadi bersama bos UFC itu di media sosial.

Menerusi temuramah bersama TMZ Sports, pengurus Khabib itu berkata, tindakan McGregor itu jelas menunjukkan perangai sebenarnya.

Bercakap mengenai hubungan Khabib dengan White, Abdelaziz berkata: "Kedua-dua individu itu saling menghormati antara satu sama lain.

"Hubungan antara Khabib dan Dana adalah mengenai rasa hormat, moral dan hubungan profesional.

"Tidak seperti hubungan Conor dan Dana, iaitu segala-galanya mengenai wang.

"Lihat sahaja kandungan mesej Conor bersama Dana White. Ia sudah jelas menunjukkan sikap sebenarnya. Dia sampah.

"Khabib berada di kelas tersendiri, Conor pula adalah sampah. Inilah perbezaan antara kedua-dua mereka."

Khabib menewaskan seteru utamanya itu pada Oktober 2018 di UFC 229 yang belangsung di Las Vegas.

Awal bulan ini, White mengkritik McGregor kerana berkongsi mesej peribadi antara mereka di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 12:11 PM