Martin (tengah) memenangi peringkat pertama jelajah utama di Vuelta pada 2011. FOTO Agensi
Martin (tengah) memenangi peringkat pertama jelajah utama di Vuelta pada 2011. FOTO Agensi
AFP

Soria, Sepanyol: Pelumba Ireland, Dan Martin memenangi saingan sengit peringkat tiga Vuelta a Espana dan kini bersaing dengan pendahulu perlumbaan, Primoz Roglic dengan hanya lima saat.

Ketika pelumba pilihan memecut ke garisan penamat, Martin pelumba veteran memberi tumpuan mengatasi Roglic dan Richard Carapaz, yang menduduki tempat ketiga pada peringkat itu dan ketiga keseluruhan.

"Kejayaan ini adalah untuk isteri," kata Martin sebak.

"Ia adalah kemenangan pertama saya sejak menyertai pasukan baharu," kata kapten Israel Start Up Nation iaitu pasukan yang akan disertai Chris Froome musim depan.

Pasukan yang baharu dibentuk Israeli baru-baru ini memenangi peringkat lapan di Giro d'Italia menerusi pelumba England, Alex Dowsett.

Juara dua kali Vuelta, Froome ketinggalan dengan kelajuan pada pendakian terakhir kira-kira 8km.

Terdapat gangguan angin ketika perlumbaan melalui wilayah Rioja sebelum melintasi dataran tinggi yang hampir suram.

Perlumbaan sepanjang 166km dari Lososa ke Laguna Negra itu mungkin petanda awal cabaran yang lebih sengit bakal dilalui pelumba pada peringkat seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 10:22 AM