AFP

London: Gareth Southgate hari ini berkata, dia meletakkan jawatan sebagai pengurus England, dua hari selepas pasukannya tewas di tangan Sepanyol pada final Euro 2024.

"Masa untuk berubah dan untuk babak baharu. Final di Berlin menentang Sepanyol perlawanan terakhir saya sebagai pengurus England," kata Southgate dalam satu kenyataan.

Antara calon yang disebut bakal menggantikan Southgate yang berusia 53 tahun itu ialah pengurus Newcastle Eddie Howe dan dua bekas pengendali Chelsea Graham Potter serta Mauricio Pochettino.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 7:16 PM